Selasa, 19 Oktober 2010

Petikan Ucapan Guru Besar

Assalamualaikum w.b.r.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada beberapa orang guru di sekolah SKCT ini kerana berjaya dianugerahkan sebagai guru cemerlang dalam perkhidmatan. Antara nama-nama guru tersebut adalah…
Ucapan tahniah dan syabas juga kepada semua warga SKCT iaitu kakitangan pentadbiran,sokongan, dan para guru diatas kerjasama yang diberikan didalam pembangunan laman web sekolah kita ini. Wujudnya laman web sekolah ini membuktikan bahawa kita warga SKCT bersikap berpandangan jauh dan mahu mengejar kemajuan teknologi dan ICT semasa supaya kita semua tidak jauh ketinggalan dalam arus pemodenan, dengan erti kata lain kolot. Era kini, ICT merupakan pemangkin kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah institusi –institusi dan jabatan-jabatan lain. SKCT sentiasa “up to date” terhadap perkembangan isu-isu semasa.
Warga SKCT sangat bersyukur kehadrat Ilahi dan berbanyak terima kasih diucapkan  kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM)  kerana memperuntukkan  kemudahan-kemudahan ICT bagi kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) oleh para guru sekolah ini walaupun sekolah ini dikategorikan sekolah di pedalaman. Terdapat Makmal Komputer dan Pusat Akses sebagai nadi pencetus globalisasi tanpa sempadan melalui jaringan maya(internet) yang dapat di akses oleh semua warga SKCT bagi urusan mereka seperti pencarian maklumat berkaitan dengan P&P, urusan penerimaan dan penghantaran data-data melalui email atau laman web ke semua jabatan khususnya Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri.
SKCT mempuyai matlamat tersendiri dengan adanya Makmal Komputer dan Pusat Akses antaranya bertujuan merapatkan jurang digital diantara murid Bandar dengan murid luar Bandar, Membudayakan penggunaan ICT di sekolah, Mengurangkan nisbah komputer dengan murid dan meningkatkan masa penggunaan komputer oleh murid. Manakala objektif pula, Memberi peluang kepada murid meningkatkan kemahiran capaian maklumat secara atas talian(online), Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran serta komunikasi dan berkolaborasi secara global, Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran mengikut keupayaan mereka dan memilih bahan-bahan pembelajaran yang sesuai mengikut keperluan serta melakukannya tanpa bantuan guru.
Akhir kata daripada saya, kepada semua warga SKCT marilah kita berkerjasama dan berganding bahu yang kukuh  bagi mengrealisasikan Misi dan Visi pada tahun 2010 tercapai dengan jayanya, Insyaallah.
Sekian Terima Kasih
Tuan Hj. Kamarulzaman b. Abdullah
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chicha Tinggi, Pasir Mas Kelantan
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan